Make your own free website on Tripod.com
 

 

 
KATA-KATA ALUAN PENGETUA
 

 

Assalamualaikum wbrkt,
 
Sesungguhnya sesebuah institusi pendidikan seperti sekolah berperanan amat penting dalam menyediakan warga negara atau ummah yang seimbang dan harmonis seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.
 
Pendidikan adalah proses memberikan ilmu, kemahiran dan peradaban kepada pelajar sejajar dengan fungsinya sebagai penerus tamadun ummah dan bakal pemimpin generasi akan datang.
 Sememangnya terlalu berat tugas yang dipertanggungjawabkan kepada para pendidik di sekolah, yang tentunya memerlukan keikhlasan, kesedaran dan semangat yang tinggi daripada kaum guru.
Kepada seluruh warga SMK Tinggi Perempuan Melaka diucapkan syabas !.
Sekolah kita Tanggungjawab kita.
 
   
 Kata  Aluan  Pengetua